Kesejahteraan Keluarga Bermula Dari Si Ibu...

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday 14 July 2015

Kerajaan Peruntukkan 3 Bilion Taja Pegawai Kerajaan Sambung Pengajian Tapi...



Tindakan Ke-5: Menaja Pelajaran 87. Untuk Tahun 2015, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 3 bilion ringgit, di mana 1,9 bilion ringgit melalui tajaan JPA, sebanyak 759 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan 258 juta ringgit kepada Kementerian Kesihatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/10769
Tindakan Ke-5: Menaja Pelajaran 87. Untuk Tahun 2015, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 3 bilion ringgit, di mana 1,9 bilion ringgit melalui tajaan JPA, sebanyak 759 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan 258 juta ringgit kepada Kementerian Kesihatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/10769


87. Untuk Tahun 2015, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 3 bilion ringgit, di mana 1,9 bilion ringgit melalui tajaan JPA, sebanyak 759 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan 258 juta ringgit kepada Kementerian Kesihatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/10769
 

Menaja Pelajaran


" Untuk Tahun 2015, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 3 bilion ringgit, di mana 1,9 bilion ringgit melalui tajaan JPA, sebanyak 759 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan 258 juta ringgit kepada Kementerian Kesihatan."
- Teks belanjawan negara tahun 2015


Di bawah ialah pengalaman saya sendiri yang berlaku sekitar Disember 2014, jadi kebanyakan fakta telah luput dari ingatan... Tapi cheq masih rasa berbesar hati nak share di blog sebab peluang ni bukan semua orang dapat rasa...

Apa dia HLP tu?

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ni ialah biasiswa yang ditaja oleh JPA untuk kakitangan kerajaan Gred 41 ke atas untuk sambung pengajian di peringkat master atau PhD...

Sesetengah kementerian tu memang galakkan sangat-sangat staff dia sambung belajar
sebab core business diorang memang dalam bidang penyelidikan. Contohnya macam MARDI, RISDA, FELCRA dan yang sewaktu dengannya. Selebihnya atas inisiatif pegawai tu sendiri. Kadang-kadang ada jugak yang bos tak sokong, maklumlah cuti belajar 2 tahun...mana boss yang clingy sangat dengan officer tu kira patah kaki la susah nak buat kerja sebab takde assistant.

Sesiapa yang berminat nak sambung master atau PhD, kena sentiasa alert dengan email jabatan atau website http://esilav2.jpa.gov.my/ sebab tawaran dibuka dalam 2 kali setahun je dan biasanya tarikh tutup permohonan dalam seminggu dua je selepas dimaklumkan dalam email. Dalam tempoh tu la kena buat proposal (zaman cheq dulu minimum 5 pages, dan cheq hantar 5 pages je) dan isi borang-borang tertentu dan dapatkan sokongan Pengarah.

Pening Tapi Berbaloi

Yang sebenarnya plan sambung master ni memang tak pernah terlintas di fikiran cheq
Tapi didorong atas rasa jemu dengan kerja yang rutin dan suasana kerja yang tak menyeronokkan
Cheq apply jugak...
Waktu tu tengah mengandung 7 bulan dan memang tak fikir panjang.
Yang cheq tahu, bersengkang mata 2 hari nak siapkan jugak proposal yang diminta
Dan cheq timbang-timbang, nak naik pangkat lambat lagi kut
Sambung blajaq dulu lah, untung2 dah complete study terus naik pangkat (hangkat2 kening)
Iyo la tu...

Interview...Ketaq Lutut

Hari yang perlu dilalui oleh semua calon yang berjaya tapisan pertama (peringkat jabatan)...
INTERVIEW
Cheq ambil coursework bidang Occupational Safety & Health (OSH)
Buat ni sebab pernah blajaq time degree dulu
Ketaq lutut jugak sebab interviewer ada 3 orang, lelaki semua & salah seorang berpangkat IR (engineer) di name tag nya...

Soalan Dituju Antaranya:

1) Introduce diri sendiri, background study dan yang seangkatan dengannya.
2) Relevensi bidang yang nak disambung dengan jabatan kita
3) Isu semasa : Waktu tu tengah hot pasal isu banjir kilat kat Cameron Highland
4) Provoke: Adatlah, nak tengok macamana kita handle... Dia tanya isu kebanjiran warga asing yang banyak berniaga di Cameron Highland (nasib baik kerja kastam, saya jawab "ooo... kastam handle barang yang masuk ke dalam negara tuan, kebanjiran pendatang asing ni pula lebih sesuai dijawab oleh jabatan imigresen atau PBT)
5) Teknikal: Tanya term tertentu berkaitan OSH (tak ingat dia tanya apa)

Sedikit Tips Kepada Bakal Pelajar Yang Berminat Dapatkan HLP:

1) Betulkan niat... Niat nak enjoy duit biasiswa ke nak tolong jabatan atau nak upgrade diri

2) Minta doa hari-hari, sebut dengan spesifik yang kita memang nak sambung belajar
3) Sambung course kurang glamour tapi boleh menyumbang kepada jabatan (Batch cheq dulu banyak yang apply course business kecundang, mungkin terlalu ramai yang mintak dan terpaksa bersaing to be the best).

Jom tengok elaun-elaun HLP bagi semangat sikit siapa yang berhasrat nak sambung master/ pHD

Elaun Sara Hidup (Sebulan) Kadar A*                                   RM 900

Elaun Sara Hidup (Sebulan) Kadar B*                                   RM 800
Elaun Buku (Setahun) Master                                                 RM 750
Elaun Alatulis (Setahun)                                                         RM 900
Elaun Thesis (Sekali) Master                                                  RM 1500
Elaun Penempatan Sekali Kadar A*                                       RM 2520
Elaun Akhir Pengajian Kadar A*                                           RM 900
Elaun Bantuan Sewa Rumah (Sebulan)                                  RM 700

Kadar A* Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Seberang Perai, Johor Baharu, Shah Alam, Sepang, Klang, Kajang, Petaling Jaya, Ampang, Sabah dan Sarawak.
Kadar B*  Selain yang di atas
       
Haaa, berpinar la mata tu???
Cuti 2 tahun, gaji masuk, plus elaun2 lagi
Fuuh
Kerajaan Peruntukkan 3 Bilion Taja Pegawai Kerajaan Sambung Pengajian tapi.... kebanyakan pegawai kerajaan tak memanfaatkan biasiswa yang diberi
Ingat, duit ni duit peluh keringat rakyat

Sebab ada juga segelintir tu tergelincir, lalu tajaan ditarik balik...
Ingat, peluang ni pegawai kerajaan je dapat rasa
Sedangkan di luar sana ramai lagi yang betul- betul nak sambung belajar tapi tak ada peluang
Ni pesanan untuk diri sendiri jugak

Selamat maju jaya bagi yang berhasrat menyambung pengajian...

No comments:

Post a Comment