Kesejahteraan Keluarga Bermula Dari Si Ibu...

Thursday, 21 May 2015

Checklist Anak Masuk Nurseri


Ini kali pertama aku hantar anak-anak ke nurseri
Sebelum ni nenek (mak aku) yang jaga
Anak sulung dah berusia 4 tahun...
Yang kedua 2 tahun...tapi waktu dia baby dulu pernah hantar baby sitter
Bila dah genap setahun nenek mintak jaga balik sebab kerap demam flu dll

Awal tahun 2015 memang haywire hidup kami satu keluarga
Dalam tengah berpantang dan keluar masuk hospital
Nak uruskan pendaftaran sekolah anak sulong sementara suami pulak kerja jauh (Bangi)
Memang mencabar betul
Kami memang tak kuat semangat n giveup bila sepanjang 2 minggu hantar sekolah Abu Anas asyik nangis je

Tapi bila compare anak kawan yang sebaya dah pandai macam2
Plus kite asyik meradang kat dia sebab tak behave
Rasa menyesal pulak kitorang laki bini tak sekolahkan dia dan pekakkan je telinga bila dia merayu2 tak nak gi sekolah

April 2015, cuti berpantang dah habis...
Seminggu sebelum masuk kerja aku test call Taska Narizan (Kementerian Kewangan)
Alhamdulillah masih ada kekosongan
Kali ni memang bulat hati nak jugak hantar anak ke nurseri walaupun risau tu hanya Allah je tahu
Maklumlah risau anak tak pandai bersosial dan nangis sepanjang masa
Lagipun hantar pagi pukul 5.30 baru nampak muka anak
Kalau si kakak sepupunya (5 tahun) yang sekolah kat Genius Aulad Kelana Jaya tu sekolah 2 jam je, pastu dah balik rumah nenek
Takdela dia tension sangat duduk dengan orang lain lama sangat kan?

Hasil survey yang tak berapa nak lama aku buat tu mendapati Taska Narizan MoF ni not bad sebab kawasannya sangatlah besar, yuran berpatutan dan takde pulak aku jumpa complain dalam blog/forum... YANG PENTING, sebelah je dengan ofis aku Kastam Putrajaya
So di sini aku nak share checklist barang2 keperluan untuk dibawa...
Sure la mommies yang sibuk packing barang bagai kan?????????

Checklist Hari Pendaftaran:
-Registration fee RM 100
-Yuran RM 300/head
-Yuran flashcard RM 40
-Yuran baju sukan RM 40
-Baju 3pcs
-Pampers 5pcs
-Botol susu siap dibasuh & dikeringkan
-Tuala
-Sabun mandi
-Sabun basuh botol
-Berus gigi anak
-Susu tepung yang dah dimasukkan dalam balang
-Hanger

Checklist Standby Dalam Kereta:
-Kudapan anak (biskut)
-Pampers
-CHEWABLE VITA-C & VITALEA for CHILDREN

Checklist Apabila Balik Nurseri:
-Keluarkan baju2 kotor (bucukkk)
-Rendam botol/basuh botol (bucukkk)
-Keringkan tuala (lembab weii )
-Pack lagi 3pcs baju (Rabu- baju sukan)
-Tambah 5pcs pampers lagi
-Repack air masak dalam botol air

Gitulah rutin hari2 kena buat...
Yang paling leceh bab packing ni la
Habit aku suka basuh botol diorang siap2 malam tu
Supaya esok pagi botol dah kering dan boleh masukkan dalam beg anak
Tapi kekadang ada gak terbabas
Lepas subuh baru nak basuh botol anak yang dah direndam dgn sabun

Okeyy sekian untuk entry ini
Next time sambung lagi....