Kesejahteraan Keluarga Bermula Dari Si Ibu...

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday 28 September 2015

Saya Dah Rasa Nikmat Zikir Ini...


Hasbiyallahu laa ilaha illahu
Alaihi tawakkaltu
Wahua rabbul a'rsyil a'zim...

Syaikh As Sa’di dalam kitab tafsirnya memaparkan, “Maksud ‘hasbunallah’ adalah Allah-lah yang mencukupi urusan mereka dan ‘ni’mal wakiil’ adalah Allah-lah sebaik-baik tempat bersandar segala urusan hamba dan yang mendatangkan maslahat.

 Sudah menjadi amalan saya melazimi zikir ini sebanyak 7x selepas memberi salam setiap kali saya mengerjakan solat. Dah lama saya amal tapi saya lupa dari mana sumber yang menggalakkan zikir ini diamalkan sedemikian rupa.

Apapun, benda baik tak salah kita nak amalkan. Sebab zikir ini mengajar kita kebergantungan sepenuhnya kepada Allah, yang mencukupkan segala keperluan seharian kita.

Dijadikan cerita suatu ketika dahulu saya ke shopping complex untuk membeli keperluan harian. Bila tiba di cashier, baru saya terperasan yang duit dalam purse saya mungkin tak cukup. Di depan saya ada dalam 3,4 orang lagi sedang berbaris menunggu giliran untuk membayar. Maka saya teringatkan zikir ini dan saya baca dalam hati dan penuh pengharapan bahawa duit saya akan cukup untuk membeli barang keperluan ini.

Akhirnya tiba giliran saya, dan Masya Allahh............ memang cukup2 duit yang ada dalam purse saya, termasuk dengan sen nya sekali. Dan memang tak ada baki langsung!

Ya Allah, saya dah rasa nikmat zikir ini...
Sungguh Allah akan bantu kita bila kita serahkan semua pengharapan kepada Dia...

Jom semua, kita amal ;)

No comments:

Post a Comment