Kesejahteraan Keluarga Bermula Dari Si Ibu...

Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday 5 August 2015

Catatan Manis Si Ibu Beranak 3 Mendapat Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan

 

Kurang seminggu lagi, aku akan mula cuti belajar di bawah tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

Mendapat biasiswa HLP bermaksud aku layak mendapat cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa JPA selama 2 tahun
Mod pengajian pula mestilah sepenuh masa sebab itu salah satu syarat JPA


Pengalaman ini sangat manis bagi aku, kerana seumur hidup inilah kali pertama aku memohon biasiswa yang terpaksa melalui saringan dan temuduga

Rancangan hendak menyambung pengajian bermula apabila sudah terbit bibit- bibit kebosanan dengan kerja 
Ditambah dengan suasana kerja yang bagi aku sudah tidak menyeronokkan lagi


Ketika itu, senarai pegawai yang dinaikkan pangkat dari W41 ke W44 baru sahaja keluar

Walaupun senarai itu bagi senior yang lebih awal 2,3 tahun daripada aku
Tapi aku mula membayangkan apalah nasib aku di jabatan ini pada masa akan datang

Dari situ timbul rasa kurang yakin pada diri sendiri sebab diri ini bukanlah pegawai yang aktif sukan, berpesatuan dan tak pernah dapat anugerah kecemerlangan pun di jabatan
Jadi aku fikir, kalau aku sambung belajar...sekurang-kurangnya aku boleh 'lari' sekejap dari senario ini

Mungkin belajar ketika aku berusia 'dewasa' ini membolehkan aku mendapat pengalaman dan kemahiran yang dapat membantu diri aku dalam jabatan
Dan sempat juga kucongak, manalah tahu untung- untung balik belajar nanti terus naik pangkat (berangan...)


Tawaran HLP ini diwar-warkan dalam email jabatan dan perlu di'submit' ke bahagian latihan dalam tempoh seminggu

Aku dan beberapa orang kawan yang turut sama 'kebosanan dan ingin lari dari suasana kerja yang tak menyeronokkan' tersebut sama- sama memasang angan hendak sambung pengajian

Aku memang nekad dengan keputusan nak sambung belajar ni walaupun ketika itu aku sedang mengandung 7 bulan
Cabaran belajar sewaktu anak- nak masih kecil aku tolak ke tepi
Kerana keinginan untuk lari dari senario kerja lebih kuat


Aku tanpa banyak fikir memilih bidang Occupational Safety & Health sebab degree dulu aku pernah juga belajar subjek ni

Pada asalnya Bhg Latihan beritahu tak perlu hantar apa-apa proposal
Jadi aku lengahkan aje la memikirkan apakah tajuk yang sesuai untuk proposal 
Tarikh akhir submit permohonan tinggal 2 hari lagi
Ketika itulah kami dimaklumkan perlu hantar proposal
Cuak kau! 2 malam tak tidur menaip proposal dikala anak semua dah masuk tidur
Habis diselongkar buku 'report writing' milik suami untuk dijadikan rujukan
Bertungkus lumus menyiapakan proposal plus buat salinan kepada jabatan sampai 4-5 set
Akhirnya permohonan aku berjaya dihantar ke Ibu Pejabat.


Hampir dua bulan menunggu keputusan permohonan 

Akhirnya...
BERJAYA!!!

 


Ketika itu aku baru pulang dari Hospital  Sg Buloh kerana melahirkan baby Ammar Al Faruqi

Keputusan ini sangat manis kurasa
Sebab waktu itu, ujian aku maha hebat...

Aku hampir- hampir tewas dan putus asa dan asyik desak suami bawa aku balik dari hospital kerana aku sudah jelak dengan suasana hospital yang membosankan
Membosankan sebab aku dah berkampung di situ hampir 3 minggu kerana darah tinggi ... 
Seminggu di minggu ke-34 kehamilan, keluar hospital seminggu masuk pulak seminggu
Dah melahirkan ditahan lagi seminggu sebab nak pantau Ammar yang premature
Aku sangat stress, hinggakan bunyi troli yang ditolak doktor yang berisi suntikan dan ubat-ubatan tu sangat bising kurasa...


Tapi apabila terbayangkan keputusan ini

Hati tak berhenti- henti ucap syukur
Mulut pun tak berenti senyum 
Memang aku sedari mula memang bersangka baik dengan Allah
Doa ,solat hajat nak sangat sambung belajar
Dalam doa pun aku sebut spesifik, niat nak sambung belajar kerana nak memperbaiki diri aku dan mengubah nasib keluarga


Sungguh, cabaran sebenar belajar ketika bergelar ibu kepada tiga orang anak lelaki yang masih kecil belum kutempuhi lagi

Minggu depan aku akan menjejakkan kaki ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 
untuk kursus persediaan 
Selepas itu, aku akan mendaftar pula ke Universiti Malaya dan akan memulakan kuliah pada 7 September ini


Harapanku, semoga Allah permudahkan segala urusanku

Supaya aku mendapat master dengan keputusan cemerlang
Dan tidak mensia-siakan duit rakyat yang aku gunakan untuk menyambung pengajian ini...
Harapnya juga, anak- anakkku boleh menjadikan aku sebagai inspirasi kala mereka ingin menyambung pengajian kelak...














1 comment:

  1. Salam sis,
    Nak tanya yang pasal HLP tu. Sis buat master OSH tu secara coursework atau research ye? Kursus di INTAN tu berapa lama ye?

    Terima kasis

    ReplyDelete